Apabila pesalah vape pertama ditangkap di bawah undang-undang antivape sementara pada 1 September 2025, pasukan di Penguasa Sains Kesihatan (HSA) berasa lega kerana sistem digital baru yang dibangunkan dalam masa tiga minggu tidak mengalami sebarang gangguan.
Pasukan HSA dan Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) telah bertungkus-lumus membina Sistem Maklumat Pengambilan Vape (VIS) baru, iaitu sebuah platform sehenti yang digunakan oleh pegawai...





