MUAR (Johor): Kerajaan Johor terus memperkukuh sistem perlindungan kanak-kanak apabila Pusat Temu Duga Kanak-kanak (CIC) di Muar kini siap dibangunkan, dengan penekanan kepada pendekatan mesra kanak-kanak dalam proses siasatan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Cik Khairin-Nisa Ismail, berkata kemudahan tersebut direka khusus bagi memastikan proses temu duga kanak-kanak dapat dijalankan dalam suasana yang selamat, mesra dan menjaga...





