PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada 8 April menolak bantahan awal Peguam Negara terhadap rayuan Badan Peguam berhubung keputusannya memberhentikan prosiding kes rasuah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, membabitkan Dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Faizah Jamaludin, sebulat suara, menolak bantahan awal itu, namun menetapkan untuk mendengar rayuan utama Badan Peguam...





