JAKARTA: Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta menggagalkan cubaan 13 warga Indonesia mahu menunaikan ibadah haji melalui saluran tidak sah menggunakan visa kerja, sehari sebelum kumpulan pertama jemaah berlepas ke Tanah Suci.
Ketua Pejabat Imigresen Kelas I Khas lapangan terbang itu, Encik Galih P Kartika Perdhana berkata tindakan itu diambil selepas pemeriksaan intensif dijalankan di Terminal 3 pada 18...





