Topic followed successfully
Go to BHkuImigresen Indonesia tahan 13 individu cuba tunai haji secara tidak sah
Imigresen Indonesia tahan 13 individu cuba tunai haji secara tidak sah
Mereka cuba tunaikan ibadah gunakan visa kerja
Apr 23, 2026 | 11:08 AM
Imigresen Indonesia tahan 13 individu cuba tunai haji secara tidak sah
Jemaah haji Indonesia menunggu sebelum berlepas ke kota suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji tahunan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda pada 22 April 2026. - Foto AFP
JAKARTA: Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta menggagalkan cubaan 13 warga Indonesia mahu menunaikan ibadah haji melalui saluran tidak sah menggunakan visa kerja, sehari sebelum kumpulan pertama jemaah berlepas ke Tanah Suci.
Ketua Pejabat Imigresen Kelas I Khas lapangan terbang itu, Encik Galih P Kartika Perdhana berkata tindakan itu diambil selepas pemeriksaan intensif dijalankan di Terminal 3 pada 18 dan 19 April 2026.
Laporan berkaitan
Indonesia mula penghantaran besar-besaran jemaah haji, lebih 221,000 dijadual berlepas Apr 21, 2026 | 11:55 AM
Warga Indonesia simpan duit berdekad untuk tunai hajiApr 20, 2026 | 1:15 PM

