JAKARTA: Mahkamah Tata Usaha Negara (PTUN) Jakarta menolak saman terhadap Menteri Kebudayaan Indonesia, Encik Fadli Zon, berhubung kenyataannya yang menafikan berlakunya rogol beramai-ramai semasa rusuhan 1998, sekali gus mencetuskan kritikan daripada kumpulan hak asasi manusia dan keluarga mangsa.
Dalam keputusan pada 21 April, panel hakim wanita memutuskan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengadili kes tersebut dan mengisytiharkan tuntutan...





