Karya sastera Melayu tradisional pada asalnya berbentuk lisan yang diwariskan daripada satu generasi ke generasi lain, melalui pertuturan, sebelum mula dibukukan sekitar abad ke-17.
Oleh sebab penyebaran awalnya yang bersifat lisan, cerita rakyat yang kita nikmati hari ini berkemungkinan besar telah mengalami pelbagai perubahan daripada versi asalnya.
Ada bahagian yang ditambah, disesuaikan mengikut peredaran zaman, atau diubah mengikut daya kreativiti...




