Amos Yee, diserang, Bosco Chun Ho Wang, Suntec City anime convention, kes mahkamah Singapura, berita jenayah Singapura.
SingapuraMay 11, 2026 | 1:28 PM

Remaja didakwa serang Amos Yee di konvensyen anime

Seorang remaja dituduh menyerang pempengaruh Amos Yee di sebuah konvensyen anime di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec, telah didakwa atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan dan satu lagi tuduhan mengganggu ketenteraman awam.

Bosco Chun Ho Wang, 18 tahun, yang hadir di mahkamah melalui pautan video dari Divisyen Polis Pusat (CPD) pada 11 Mei, didakwa melakukan kesalahan itu sekitar pukul 2 petang...

Empangan Machap, bekalan air, Johor
MalaysiaSep 21, 2026 | 5:06 PM

Bekalan air Empangan Machap dijangka bertahan hingga awal Nov

JOHOR BAHRU: Bekalan air dari Empangan Machap dijangka dapat bertahan sehingga awal November, bergantung kepada keadaan cuaca dan paras sumber air, meskipun empangan itu mengalami penyusutan sejak awal Ogos.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata paras air di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam masih berada pada tahap normal dan bekalan kepada pengguna setakat ini terkawal.

Acara, Hikayat Cita Rasa 2026 di Wisma Geylang Serai pada 19 September mengetengahkan warisan kulinari Melayu menerusi lawatan warisan, demonstrasi membuat kuih tradisional dan sesi perkongsian bersama penggiat kulinari.
MasyarakatSep 21, 2026 | 4:50 PM

Acara Hikayat Cita Rasa ketengah warisan kulinari Melayu di WGS

Warisan kulinari Melayu menjadi tumpuan program sehari di Wisma Geylang Serai (WGS) pada 19 September, yang menghimpunkan penggiat kulinari, peniaga dan anggota masyarakat menerusi pelbagai kegiatan berkaitan makanan dan budaya.

Bertema, ‘Meraikan Warisan Kulinari’, Hikayat Cita Rasa 2026 menampilkan lawatan warisan makanan, demonstrasi membuat kuih tradisional serta sesi perkongsian bersama tokoh kulinari seperti Cef Siti Mastura Alwi dan Cik Aziza...

Kediaman keluarga bekas Perdana Menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak, yang mendapat pengampunan untuk menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah, dikawal polis.
MalaysiaSep 21, 2026 | 4:43 PM

Anwar: Pengampunan Najib adalah haknya, kes lain masih berjalan

SHAH ALAM: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada Encik Najib Tun Razak adalah hak bekas Perdana Menteri itu.

Namun Datuk Anwar menegaskan prosiding undang-undang lain yang masih berjalan terhadapnya, termasuk rayuan sabitan dan hukuman penjara 15 tahun bagi kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB), masih diteruskan.

tarian Siva Samoa, perkahwinan kejutan, budaya Samoa
Mata-mataSep 21, 2026 | 4:43 PM

Pengantin perempuan buat kejutan tarian tradisional Samoa buat keluarga suami

Majlis perkahwinan Melayu sememangnya tidak asing dengan persembahan – daripada tarian dan paluan kompang hinggalah seni silat yang kadangkala dipersembahkan oleh ahli keluarga, malah pasangan pengantin sendiri.

Namun, Cik Natasha Yusuri memilih untuk membawa satu kelainan ke majlis persandingannya apabila beliau mempersembahkan tarian Siva Samoa, lengkap dengan busana songket, sebagai kejutan buat keluarga suaminya, Encik Daniel Chand, yang mempunyai darah...

Konsep cawangan FairPrice terbaharu di Elias Mall dibentuk berdasarkan maklum balas penduduk, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasar raya, Cheers dan Unity, FairPrice Group, Encik David Goh.
SingapuraSep 21, 2026 | 4:25 PM

FairPrice baharu tampil konsep pasar basah tradisional

Penduduk Pasir Ris kini boleh mendapatkan ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan segar pada bila-bila masa sahaja di cawangan pasar raya FairPrice 24 jam terbaharu di pusat beli belah Elias Mall.

Ia direka khusus untuk menawarkan pengalaman membeli-belah seperti di pasar basah tradisional.

3 tarikan utama Festival of Thrills!
Play Video

PULAU NIRUP: Destinasi cuti terbaik, paling dekat untuk warga kota
Play Video

Pegawai pemeriksaan diiktiraf selepas tolak sogokan
Play Video

Gaji menteri naik: kenapa sekarang?
Play Video

BH anjur podcast bincang isu ‘grooming’, keselamatan kanak-kanak
Play Video