KUALA LUMPUR: Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan, mengesahkan 29 rakyat Malaysia yang ditahan Israel sewaktu misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 di perairan antarabangsa, telah tiba dengan selamat di Istanbul, Turkey, pada 5.45 petang 21 Mei (waktu tempatan).
“Setakat ini semua dalam keadaan baik walaupun enam peserta termasuk lima lelaki mengalami kecederaan dan perlu pemeriksaan kesihatan,” katanya...





