Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Goh Pei Ming, diperkenalkan kepada kit mesra semua kanak-kanak semasa pelancarannya pada 22 Mei.
SingapuraMay 22, 2026 | 8:15 PM

Kit mesra semua kanak-kanak bantu guru prasekolah urus tingkah laku, keperluan pembelajaran

Guru prasekolah akan menerima lebih banyak sokongan untuk mengurus kanak-kanak dengan keperluan pembelajaran dan perkembangan berbeza menerusi sumber baru yang dibangunkan oleh NTUC First Campus (NFC).

Kit mesra semua kanak-kanak yang dilancarkan pada 22 Mei merangkumi buku panduan strategi praktikal, alat mainan deria dan kad isyarat visual.

Ia bertujuan membantu guru mengurus tingkah laku kanak-kanak, memenuhi pelbagai keperluan dan menyokong...

Sasterawan Negara Malaysia yang keempat, Allahyarham Datuk Seri A. Samad Said, telah berkarya hampir lapan dekad dan bakti ilhamnya telah mengharumkan dunia kesusasteraan Melayu. 
WacanaNov 27, 2026 | 7:11 PM

A. Samad Said: Puncak kefasihan, tindak kemanusiaan

Allahyarham Datuk Seri A. Samad Said ialah seorang sasterawan yang karyanya bertebaran dengan isi dan gaya, terungkap halus dan rapi, disejukkan dengan visi kemanusiaan yang hidup.

Sasterawan Negara Malaysia yang keempat ini telah berkarya hampir lapan dekad dan bakti ilhamnya telah mengharumkan dunia kesusasteraan Melayu.

Pemergian beliau pada 24 November 2026 pada usia 91 tahun, adalah satu kehilangan besar kepada...

Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan (kiri) berucap dalam satu sesi dialog yang dikendalikan oleh Kolumnis Kanan, The Straits Times, Encik Ravi Velloor, di Sidang Kemuncak Masa Depan Asia 2026 pada 27 November di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands di Marina Bay Sands.
SingapuraNov 27, 2026 | 6:30 PM

Vivian: Perpaduan Asean kayu ukur utama kejayaan kepengerusian S’pura pada 2027

Meskipun terdapat pertelingkahan dan perselisihan pendapat dalam kalangan negara anggota Asean, cabaran dan risiko yang dihadapi bersama, serta peluang yang dikongsi, jauh mengatasi perbezaan mereka, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Justeru, beliau berkata memastikan kesemua 11 negara anggota kekal bersatu dan Asean terus memainkan peranan utama dalam memacu kerjasama diplomatik, keamanan, keselamatan dan pertumbuhan ekonomi di Asia Tenggara...

Jumlah rekod bantuan MediFund sebanyak $175.1 juta telah diagihkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) bagi membantu rakyat Singapura yang memerlukan untuk melunaskan bil perubatan mereka pada tahun kewangan lalu.
SingapuraNov 27, 2026 | 6:10 PM

Rakyat S’pura memerlukan terima bantuan rekod $175j MediFund sepanjang tahun kewangan lalu

Sebanyak $175.1 juta daripada Dana Endowmen Perubatan (MediFund) telah diagihkan bagi membantu rakyat Singapura yang memerlukan untuk melunaskan bil perubatan mereka pada tahun kewangan lalu yang berakhir pada 31 Mac 2026.

Ini merupakan jumlah bantuan MediFund tertinggi yang pernah diberikan dalam satu tahun kewangan setakat ini.

Ia mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak $10 juta, atau 6.1 peratus berbanding tahun...

politik M’sia, PM Anwar, 10 pemimpin paling berpengaruh di rantau Asia
MalaysiaNov 27, 2026 | 5:53 PM

4 tahun pentadbiran Anwar: Menyerlah di pentas dunia, tapi diuji dalam negara?

Empat tahun menerajui Kerajaan Perpaduan, ramai melihat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semakin menonjol di pentas antarabangsa menerusi hubungan diplomatik dengan pemimpin dunia serta pendirian tegas dalam menyuarakan isu sejagat.

Di media sosial, khususnya dalam kalangan penyokongnya, terma ‘mendunia’ galak dikaitkan dengan kepimpinan Datuk Anwar, sebagai menggambarkan pengaruh, populariti atau pencapaiannya yang telah melangkaui sempadan negara dan diiktiraf...

Menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), bayaran pengebumian bagi warga negara dan PR kekal tidak berubah sejak 2000.
SingapuraNov 27, 2026 | 5:08 PM

Kos pengebumian bakal dinaikkan mulai Jan 2027

Bayaran bagi pengebumian jenazah yang diuruskan oleh pemerintah akan meningkat mulai Januari 2027 – semakan pertama dalam tempoh lebih 25 tahun.

Mengumumkan perubahan tersebut pada 27 November, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan bayaran pengebumian wajib bagi warga negara dan penduduk tetap (PR) akan meningkat daripada $315 kepada $400, manakala bayaran pengebumian tidak wajib akan meningkat daripada $940 kepada $1,200.

Kes...

Nampak Lori, Tapi Pemandu Nampak Anda?
Play Video

Kem bola sepak BH-Singa Legends perkasa kanak-kanak, tak kira latar belakang
Play Video

Murid lemah otot atasi cabaran PSLE
Play Video

Peraduan memasak beri ruang banduan asah bakat, bina keyakinan diri
Play Video

Masjid Tampines North tampil ciri mesra keluarga; mampu tampung 4,000 jemaah
Play Video