Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) berkata permohonan untuk bernikah dalam penjara akan dipertimbangkan berdasarkan kes demi kes.
Mata-mataJun 2, 2026 | 5:32 PM

SPS: Nikah dalam penjara bukan amalan biasa, boleh dipertimbang tapi tak terjamin

Walaupun perkahwinan dalam penjara bukan sesuatu yang biasa diamalkan, permohonan untuk bernikah dalam penjara boleh dipertimbangkan berdasarkan kes demi kes, menurut Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS).

Dalam pada itu, SPS akan akan mengambil kira faktor serta keadaan khusus bagi setiap kes, jelasnya dalam jawapan kepada Berita Harian (BH) yang bertanya tentang proses pernikahan dalam penjara dan kriteria yang perlu dipenuhi.

Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (dua dari kiri) semasa acara pengagihan daging korban di Masjid An-Nur pada 20 Jun. Sebanyak 17 agensi terlibat dalam acara itu dengan kira-kira 500 penerima dijangka menerima daging korban, menjadikannya yang terbesar setakat ini.
SingapuraJul 21, 2026 | 8:52 PM

Dedikasi Faishal sentiasa dikenang

Dedikasi Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim terhadap masyarakat terus dikenang oleh ramai orang yang menyaksikan sendiri bagaimana sokongan beliau terhadap pelbagai inisiatif yang diterajui penduduk telah membantu mengukuhkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum.

Menurut Setiausaha Majlis Jawatankuasa Kegiatan Melayu (MAEC) Nee Soon South, Cik Siti Roziah Pauzan, 60 tahun, mantan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam itu bukan...

Dr Faishal Ibrahim, perniagaan Islam Singapura, sumbangan masyarakat
SingapuraJul 21, 2026 | 8:51 PM

Kerjasama peniaga Islam, badan Melayu erat hasil dorongan Faishal

Kerjasama antara Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), pertubuhan Melayu/Islam (MMO) dengan perniagaan masyarakat Islam tempatan kini lebih erat, ekoran dorongan dan sokongan yang diberikan mantan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Presiden DPPMS, Encik Abdul Malik Hassan, berkata Dr Faishal aktif mendorong dewan itu agar bekerja lebih rapat dengan MMO, sekali...

Penduduk Afghanistan berdiri di tengah-tengah deretan kedai yang musnah selepas banjir kilat melanda bandar Parun di wilayah Nuristan pada 21 Julai 2026. Sekurang-kurangnya 23 orang maut manakala lebih 100 lagi masih hilang selepas banjir besar melanda wilayah di timur Afghanistan itu sehari sebelumnya, dengan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
DuniaJul 21, 2026 | 8:04 PM

Sekurang-kurangnya 23 maut, lebih 100 masih hilang dalam banjir besar di Afghanistan

PARUN, Afghanistan: Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa yang dipercayai masih terperangkap di bawah timbunan lumpur dan batu besar selepas banjir besar melanda wilayah Nuristan di timur Afghanistan, mengorbankan sekurang-kurangnya 23 orang.

Pihak berkuasa berkata lebih 100 lagi penduduk masih hilang ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan sehari selepas banjir melanda kawasan itu pada 20 Julai.

Wanita warga Indonesia berusia 29 tahun itu, yang hadir di Mahkamah Daerah pada 21 Julai, turut didakwa menyebabkan kesakitan dan penderitaan kepada dua kanak-kanak lelaki.
SingapuraJul 21, 2026 | 7:59 PM

Dera, rakam gambar lucah kanak-kanak: Wanita Indonesia berdepan 9 tuduhan

Seorang wanita berada di sebuah flat apabila dia didakwa berkongsi video dan gambar lucah dua kanak-kanak lelaki berusia satu dan empat tahun dengan suaminya.

Wanita Indonesia berusia 29 tahun itu, yang hadir di Mahkamah Daerah pada 21 Julai, turut didakwa menyebabkan kesakitan dan penderitaan kepada kanak-kanak lelaki tersebut.

Yang Dipertua Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, Puan Maharani (kanan), menerima dokumen daripada Menteri Kewangan, Purbaya Yudhi Sadewa, selepas Parlimen meluluskan rang undang-undang bagi menubuhkan Pusat Kewangan Antarabangsa Indonesia (PFII) di Jakarta pada 21 Julai 2026. Pusat kewangan itu dijangka menarik lebih banyak pelaburan asing, dengan Pulau Bali sebelum ini dicadangkan sebagai lokasi berpotensi.
DuniaJul 21, 2026 | 7:57 PM

Indonesia lulus pusat kewangan antarabangsa baharu, Bali antara lokasi pilihan

JAKARTA: Parlimen Indonesia meluluskan rang undang-undang untuk menubuhkan sebuah pusat kewangan antarabangsa, dengan Pulau Bali disenaraikan sebagai antara lokasi yang dipertimbangkan bagi menarik pelaburan asing dan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara oleh Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) pada 21 Julai dan memperuntukkan penubuhan Pusat Kewangan Antarabangsa Indonesia (PFII), selain menetapkan rangka kerja institusi serta pelbagai insentif...

Zaqy hadiri acara pertama selaku Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam
Play Video

Desmond Lee: Tiada pilihan raya kecil diadakan
Play Video

Zaqy beri jaminan terus berkhidmat kepada masyarakat
Play Video

Lain macam 'souvenir' Haaland bawa balik dari World Cup 2026
Play Video

Selepas 30 tahun ‘hilang’, bekas atlet istimewa ski air S’pura kini pelukis jalanan di KL
Play Video