PEKANBARU: Sebelas daerah di wilayah Riau mengisytiharkan status amaran darurat kebakaran hutan dan tanah susulan peningkatan risiko kebakaran menjelang musim kemarau 2026.
Pemerintah Wilayah Riau berkata langkah itu diambil bagi memperkukuh usaha pencegahan, mempercepat penyelarasan bantuan serta meningkatkan kesiapsiagaan pihak berkuasa tempatan, wilayah dan pusat sekiranya berlaku kebakaran besar.





