Terdapat minat yang kian bertambah dalam kalangan rakyat Singapura untuk menelusuri asal usul keluarga masing-masing, memahami susur galur mereka dan memelihara kisah keluarga yang diwarisi turun-temurun.
Walaupun masyarakat Melayu di Singapura sering dilihat sebagai satu kelompok yang homogen, iaitu mempunyai latar belakang yang hampir sama, sejarah keluarga sebenarnya mendedahkan akar keturunan yang pelbagai merentasi Nusantara, dibentuk oleh budaya dan pengalaman...





