ISKANDAR PUTERI (Johor): Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, menyeru rakyat Johor agar terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan kerajaan negeri pimpinan, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi memastikan kesinambungan pembangunan serta kemakmuran negeri itu.
Dr Wee berkata prestasi pentadbiran Johor sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah membuktikan kemampuan kerajaan negeri itu dalam memacu...





