Demi memastikan kawasan ibadah kekal bersih dan jemaah dapat menunaikan solat dalam suasana selesa, Encik Muhammad Rohaizad menjalankan kerja pembersihan di dua masjid sebaik sahaja operasi penyembelihan korban tamat pada petang Aidiladha.
Ia bagi menghilangkan gangguan bau hanyir dan sisa darah yang mungkin masih berlarutan sebelum solat Jumaat bermula dua hari kemudian.





