WASHINGTON/TEHERAN: Amerika Syarikat dan Iran saling melancarkan serangan baharu pada awal 10 Jun, selepas sebuah helikopter tempur Apache milik tentera Amerika ditembak jatuh berhampiran Selat Hormuz.
Komand Pusat Amerika (Centcom) berkata jet Tentera Udara dan Tentera Laut Amerika melancarkan serangan terhadap sistem pertahanan udara, pusat kawalan darat dan radar pemantauan Iran berhampiran Selat Hormuz.





