Bunga dan penghormatan diletakkan di hadapan sebuah silo pertanian di Puycasquier, barat daya Perancis, pada 16 Jun 2026, lokasi mayat Lyhanna, seorang pelajar perempuan berusia 11 tahun yang hilang sejak 29 Mei lalu ditemui. Suspek utama, seorang lelaki berusia 41 tahun yang juga bapa kepada rakan sekolah mangsa, pernah dua kali disiasat atas dakwaan merogol kanak-kanak tetapi siasatan sebelum ini digugurkan atau tergendala.
DuniaJun 19, 2026 | 4:16 PM

Kes budak 11 tahun dibunuh,dirogol cetus kemarahan di Perancis

PARIS: Bedah siasat mendapati seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang hilang di Perancis dipercayai dirogol sebelum meninggal dunia, sekali gus mengesahkan syak wasangka dalam kes yang mencetuskan kemarahan besar rakyat negara itu.

Mangsa dikenali sebagai Lyhanna dilaporkan hilang pada 29 Mei lalu di bandar Fleurance, barat daya Perancis, sebelum mayatnya ditemui hampir seminggu kemudian di dalam sebuah silo terbiar.

Anggota polis mengawal keadaan ketika penunjuk perasaan balas mengibarkan bendera Israel semasa perarakan solidariti Palestin sempena ulang tahun ke-78 Nakba di London pada 16 Mei. Insiden itu berlaku ketika kebimbangan terhadap ancaman ekstremisme sayap kanan di Britain terus meningkat, susulan seorang remaja berusia 14 tahun didakwa merancang serangan ke atas dua masjid di selatan London yang didakwa bermotif kebencian terhadap masyarakat Islam.
DuniaJul 16, 2026 | 12:46 PM

Remaja 14 tahun didakwa rancang serangan dua masjid di London

LONDON: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun didakwa mengikut undang-undang pengganasan Britain selepas polis mendakwa menemui rancangan untuk menyerang dua masjid di selatan London yang dikaitkan dengan fahaman pelampau sayap kanan.

Polis Metropolitan London berkata, remaja itu pada mulanya ditahan pada 9 Julai lalu kerana disyaki melakukan perbuatan khianat terhadap sebuah kenderaan di selatan London.

Orang ramai melalui mural bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, di Universiti Dhaka pada 29 Jun. Pihak berkuasa Bangladesh kini menyita aset bernilai kira-kira 760 bilion taka (S$8 bilion) yang dikaitkan dengan Hasina, keluarganya dan 10 kumpulan perniagaan, ketika siasatan terhadap dakwaan rasuah serta pengubahan wang haram diperluaskan. Hasina, yang kini berada di India selepas digulingkan dalam kebangkitan rakyat pada 2024, turut berdepan hukuman mati dan beberapa sabitan mahkamah, namun menyatakan hasrat untuk pulang ke Bangladesh sebelum akhir tahun ini bagi menyerahkan diri kepada pihak berkuasa.
DuniaJul 16, 2026 | 12:29 PM

Dhaka sita aset S$8 bilion dikaitkan dengan Sheikh Hasina

DHAKA: Pemerintah Bangladesh menyita aset bernilai kira-kira 760 bilion taka (S$8 bilion) yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina, anggota keluarganya serta 10 kumpulan perniagaan, ketika siasatan terhadap dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram terus diperluaskan.

Unit Perisikan Kewangan Bangladesh (BFIU) berkata, daripada jumlah itu, aset bernilai 570 bilion taka dirampas di dalam negara, manakala baki 190 bilion taka...

Jemaah Indonesia berada di Terminal 2F Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta. Sebagai persediaan bagi musim haji 2027, pemerintah Indonesia mencadangkan mengekalkan skim pembiayaan haji dengan nisbah 60:40, iaitu 60 peratus dibiayai melalui manfaat dana haji yang diuruskan Badan Pengurusan Kewangan Haji (BPKH) dan 40 peratus ditanggung jemaah, selain memperketat pemeriksaan kesihatan serta meningkatkan mutu perkhidmatan bagi memastikan ibadah haji lebih selamat dan selesa.
DuniaJul 16, 2026 | 11:36 AM

Indonesia usul kekal skim pembiayaan haji 60:40 bagi 2027

JAKARTA: Pemerintah Indonesia mencadangkan supaya skim pembiayaan ibadah haji bagi musim 1448 Hijrah/2027 dikekalkan dengan komposisi 60:40, iaitu 60 peratus dibiayai menerusi manfaat dana haji yang diuruskan Badan Pengurusan Kewangan Haji (BPKH), manakala baki 40 peratus ditanggung jemaah melalui Bayaran Perjalanan Ibadah Haji (Bipih).

Cadangan itu dikemukakan sebagai usaha memastikan kos yang perlu ditanggung bakal jemaah kekal berpatutan walaupun kos...

Sebuah kenderaan tentera Israel yang dilengkapi jaring perlindungan daripada serangan dron rondaan orang pertama (FPV) melakukan rondaan di sepanjang sempadan Israel-Lebanon pada 13 Julai. Rondaan keselamatan diteruskan ketika Israel dan Lebanon mencapai kemajuan dalam rundingan yang diusahakan Amerika Syarikat untuk melaksanakan dua zon perintis di selatan Lebanon, langkah awal ke arah pengunduran tentera Israel secara berperingkat dan penempatan tentera Lebanon sebagai sebahagian daripada usaha meredakan ketegangan di kawasan sempadan.
DuniaJul 16, 2026 | 11:12 AM

Lebanon, Israel capai kemajuan laksana zon selamat di selatan

BEIRUT: Lebanon dan Israel mencapai kemajuan baharu dalam rundingan yang diusahakan Amerika Syarikat selepas kedua-dua pihak bersetuju memuktamadkan pelaksanaan dua “zon selamat” di selatan Lebanon sebagai langkah awal ke arah pengunduran tentera Israel dan penempatan tentera Lebanon di kawasan sempadan.

Perkembangan itu dicapai selepas dua hari rundingan di Rome, Italy, yang disifatkan Jabatan Negara Amerika sebagai “produktif dan positif”, sekali...

Wanita Palestin meratapi mangsa yang terbunuh dalam upacara pengebumian selepas sebuah balai polis di Kem Pelarian Jabalia, utara Gaza, dibedil tentera Israel pada 14 Julai. Serangan itu mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang, termasuk seorang pegawai polis wanita dan ketua balai polis berkenaan, menurut pihak berkuasa Gaza. Insiden itu berlaku ketika usaha antarabangsa, termasuk melalui Lembaga Keamanan dan Jawatankuasa Nasional bagi Pentadbiran Gaza (NCAG), dipergiat bagi mempercepat pemulihan awal, penyaluran bantuan kemanusiaan dan pemulihan perkhidmatan asas di wilayah yang terus dilanda konflik.
DuniaJul 16, 2026 | 10:37 AM

Maghribi sertai Pasukan Penstabilan Antarabangsa di Gaza

RABAT: Maghribi secara rasmi menyertai Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) di Gaza selepas menandatangani perjanjian dengan Lembaga Keamanan bagi menghantar pegawai kanan tenteranya ke markas bersama pasukan itu, sekali gus menjadi antara negara pertama yang memulakan penyertaan dalam misi berkenaan.

Perjanjian itu ditandatangani di Rabat selepas pertemuan yang dihadiri Menteri Luar Maghribi, Encik Nasser Bourita; Menteri Pertahanan, Encik Abdellatif Loudiyi, serta...

Lain macam 'souvenir' Haaland bawa balik dari World Cup 2026
Play Video

Selepas 30 tahun ‘hilang’, bekas atlet istimewa ski air S’pura kini pelukis jalanan di KL
Play Video

Ikhlas tak boleh bayar bil?: Penting lahirkan asatizah berjiwa usahawan
Play Video

Adakah masyarakat Melayu/Islam bersedia bagi masa depan yang dipacu AI?
Play Video

BH Jelaskan: Bolehkah petir menyambar walaupun tak hujan?
Play Video