JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka mengurangkan skala program makanan percuma yang menjadi agenda utama pentadbirannya susulan tekanan fiskal dan isu pengurusan yang semakin meningkat, menurut dua sumber yang mengetahui perkara itu serta dokumen pembentangan dalaman pemerintah.
Langkah itu dilihat sebagai petanda paling jelas setakat ini bahawa program berprofil tinggi berkenaan sedang berdepan cabaran besar, terutama berkaitan disiplin kewangan pemerintah...





