Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan 16 calon untuk bertanding dalan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
MalaysiaJun 26, 2026 | 5:39 PM

PRN Johor: 2 beranak, bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat antara 16 calon Bersatu

MUAR (Johor): Dua beranak serta bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat merupakan antara 16 calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diumumkan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung 11 Julai.

Encik Rasman Ithnain, 59 tahun, dan anaknya Encik Mohamad Alias Rasman, 35 tahun, masing-masing dicalonkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili dan Panti.

Pelancaran Program Duta Saham Belia bertepatan dengan langkah Bursa Singapura (SGX) memulakan satu skim pada 5 Oktober bagi menjadikan pelaburan dalam saham berharga lebih tinggi lebih mampu milik untuk para pelabur.
EkonomiOct 5, 2026 | 4:30 PM

SGX, rakan kongsi lancar program saham belia bagi perkasa pelabur muda dengan pendidikan pasaran

Satu inisiatif baharu telah dilancarkan pada 5 Oktober bagi menarik minat lebih ramai pelabur muda terhadap pasaran saham Singapura.

Dikenali sebagai Program Duta Saham Belia, inisiatif berkenaan akan melengkapkan pelabur muda terpilih dengan pendidikan pasaran modal, pendedahan praktikal serta peluang berinteraksi dengan ekosistem pasaran.

Muhammad Syafie Ismail mengaku bersalah pada Ogos lalu atas tiga tuduhan kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian, kecederaan parah dan kecederaan.
SingapuraOct 5, 2026 | 4:16 PM

Pemandu nahas Tampines ragut dua nyawa dipenjara 12 tahun 9 bulan

Pemandu yang menyebabkan kemalangan berantai di Tampines pada 2024 sehingga meragut dua nyawa, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun sembilan bulan pada 5 Oktober.

Muhammad Syafie Ismail, 45 tahun, yang turut mencederakan lapan orang termasuk dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, juga dilarang memandu seumur hidup.

reka bentuk rumah HDB, koleksi kasut sniker, inspirasi tanjakan papan selaju
Gaya hidupOct 5, 2026 | 4:05 PM

Kasut sniker jadi tumpuan utama di ruang tamu flat lima bilik

Kebanyakan ruang tamu disusun mengelilingi sebuah sofa.

Namun, di rumah Encik Jumadi, 40 tahun dan Cik Siti, 33 tahun, 157 pasang kasut sniker pula menjadi tumpuan utama.

Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan bin Mohammed Al Maktoum, menemui juruterbang Flydubai warga India, Kapten Smit Machchhar, yang sedang menerima rawatan selepas diserang pembantu juruterbang dengan kapak kecemasan dalam Penerbangan FZ1073 menuju Tel Aviv. Kapten Machchhar yang cedera parah berjaya membuka pintu kokpit, membolehkan anak kapal menundukkan suspek yang didakwa merancang merempuh pesawat ke Lapangan Terbang Ben Gurion. Gambar dikeluarkan pada 3 Oktober 2026
DuniaOct 5, 2026 | 3:32 PM

Pembantu juruterbang Flydubai didakwa rancang rempuh pesawat ke lapangan terbang Israel

BAITULMAKDIS: Pembantu juruterbang Flydubai yang dituduh menyerang kapten pesawat dengan kapak kecemaasan didakwa sudah merancang untuk merampas dan merempuh sebuah pesawat ke Lapangan Terbang Ben Gurion, dekat Tel Aviv, sebelum menyertai syarikat penerbangan itu.

Dua pegawai Israel yang mengetahui siasatan berkata pembantu juruterbang warga Oman itu memberitahu penyiasat Amiriah Arab Bersatu (UAE) bahawa beliau sengaja mencari syarikat penerbangan yang mempunyai...

Seorang pegawai mengalihkan perabot dari sebuah “vila” mewah di Penjara Cibinong, Bogor, Jawa Barat, ketika bangunan itu dirobohkan pada 30 September 2026. Banduan didakwa membayar untuk menikmati penginapan mewah yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk gimnasium. Ketua Penjara Cibinong, Encik Wisnu Hani Putranto, kemudian dipecat daripada perkhidmatan awam, manakala 16 kakitangan lain turut dikenakan tindakan disiplin susulan skandal itu.
DuniaOct 5, 2026 | 3:16 PM

Ketua Penjara dipecat susuli penemuan ‘kluster mewah’ banduan di Indonesia

JAKARTA: Ketua Penjara Kelas IIA Cibinong di Jawa Barat, Encik Wisnu Hani Putranto, dipecat daripada perkhidmatan awam Indonesia susulan penemuan “kluster mewah” yang dilengkapi sofa, peti sejuk, televisyen, gimnasium dan kemudahan lain untuk banduan.

Kementerian Imigresen dan Pemasyarakatan Indonesia berkata Encik Wisnu merupakan seorang daripada 17 kakitangan awam yang dikenakan tindakan disiplin berhubung skandal itu.

Singa buru kemenangan dalam pertemuan dengan M'sia
Play Video

Wajah baharu Galeri Sejarah Singapura angkat warisan Orang Laut
Play Video

Skuad Singa sedia berdepan Indonesia
Play Video

S’pura, 3 negara lain calonkan tarian zapin sebagai warisan Unesco
Play Video

Ikuti liputan Piala Asean Fifa oleh BH dari Indonesia
Play Video