Satu penyakit wujud dalam setiap makhluk bernama manusia dialami semua, merentas usia, bangsa mampu membarah, merebak dan menanah aku juga menjadi mangsa penyakit inilah menyebabkan aku tidak berguna
Di rumah, umiku meleter hingga sudah penat “Kau ni sikit pun tak bersemangat dah macam birah tak berurat!” namun, penyakit inilah sebab tulangku amat berat





