Satu penyakit
wujud dalam setiap makhluk bernama manusia
dialami semua, merentas usia, bangsa
mampu membarah, merebak dan menanah
aku juga menjadi mangsa
penyakit inilah menyebabkan aku tidak berguna

Di rumah, umiku meleter hingga sudah penat
“Kau ni sikit pun tak bersemangat
dah macam birah tak berurat!”
namun, penyakit inilah sebab tulangku amat berat

Laporan berkaitan
MengembaraJun 7, 2026 | 5:30 AM
HilangJun 7, 2026 | 5:30 AM