JOHOR BAHRU: Parti Bersama Malaysia (Bersama) mengakui realiti parti itu tidak berupaya menubuhkan kerajaan negeri secara bersendirian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, sebaliknya tampil dengan lima ‘Aku Janji Khidmat’ sebagai komitmen kepada rakyat.
Pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata pendekatan tersebut lebih praktikal berbanding menawarkan manifesto berskala besar memandangkan parti itu hanya bertanding di 15 kerusi Dewan...





