Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, bakal menyampaikan kenyataan menteri mengenai tata kelakuan pemimpin Parti Pekerja (WP), Cik Sylvia Lim dan Encik Faisal Manap, apabila Parlimen bersidang pada 7 Julai.
Kenyataan tersebut akan menjadi satu ‘ketetapan’ terhadap hasil dapatan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP) berkaitan tindakan mantan Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkang, Cik Raeesah Khan, yang berbohong di Parlimen pada 2021.





