AYUH, CUBA CARI PERKATAAN BERIKUT:
Singapura dan Malaysia perlu memperdalami kerjasama dalam bidang kepentingan bersama seperti jaminan makanan dan tenaga, kata kedua-dua pemimpin negara itu.
Ini berikutan perbincangan antara Presiden Tharman Shanmugaratnam dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Kuala Lumpur, Malaysia pada 13 Julai.
Singapura dan Brunei berkongsi “persahabatan istimewa”, kata Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, yang tiba di negara itu pada 14 Julai bagi menghadiri sambutan ulang tahun ke-80 Sultan Hassanal Bolkiah.
Encik Lee, yang akan berada di Brunei dari 14 hingga 17 Julai, mewakili pemerintah Singapura dalam sambutan ulang tahun tersebut, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang dikeluarkan pada 13...
Mahkamah Tinggi pada 14 Julai menganugerahkan ganti rugi sebanyak $230,000 kepada setiap seorang menteri Kabinet, iaitu Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam; dan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.
Ini selepas mahkamah memutuskan keputusan memihak kepada mereka dalam saman fitnah yang difailkan terhadap penyedia berita Bloomberg dan wartawannya.
Hari ketiga lawatan negara Presiden Tharman Shanmugaratnam ke Malaysia pada 14 Julai menyaksikan beliau mengadakan pertemuan selama hampir sejam dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, di Istana Alam Shah di Klang.
Tuan Presiden turut bertemu dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, serta barisan pegawai kanan kerajaan negeri Selangor lain, diiringi delegasi Singapura yang menyertai lawatan itu.
Dalam mengembangkan perniagaan di luar Singapura, perkara utama yang penting bagi perniagaan tersebut adalah untuk menyesuaikan diri dengan budaya dan cara kerja dijalankan di negara lain.
Namun, bagi pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kowabunga! Global, Encik Muhammad Taufiq Yahya, apa yang turut dititikberatkan dan tidak pernah dilupakan adalah tadbir urus yang baik dan meritokrasi – dua unsur yang...





