Penyokong Houthi melaungkan slogan ketika menyertai tunjuk perasaan membantah serangan udara ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa di Sanaa, Yaman pada 13 Julai 2026. Serangan itu mencetuskan semula ketegangan antara Houthi dan Arab Saudi, dengan kedua-dua pihak saling menuduh melancarkan serangan yang mengancam gencatan senjata sejak 2022 serta meningkatkan kebimbangan konflik di Yaman akan kembali memuncak.
DuniaJul 14, 2026 | 11:46 AM

Serangan balas Saudi-Houthi ancam gencatan senjata

SANAA, Yaman: Gencatan senjata selama empat tahun antara Arab Saudi dan kumpulan Houthi yang disokong Iran berada dalam keadaan genting selepas kedua-dua pihak saling menuduh melancarkan serangan, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa Yemen bakal menjadi medan baharu konflik di Asia Barat.

Ketegangan memuncak pada 13 Julai apabila Houthi mendakwa Arab Saudi mengebom Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa bagi menghalang sebuah pesawat...

Duta Besar Arab Saudi ke Indonesia, Faisal Abdullah Al Amoudi, bercakap kepada media di kediamannya di Jakarta pada 13 Julai 2026. Beliau memberi jaminan bahawa keadaan keselamatan di Arab Saudi kekal stabil dan selamat untuk jemaah haji serta umrah, walaupun ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran semakin memuncak. Menurutnya, penerbangan antara Indonesia dan Arab Saudi, termasuk lima penerbangan terus Saudia setiap hari, masih beroperasi seperti biasa
Timur tengahJul 14, 2026 | 1:56 PM

Duta Saudi jamin jemaah umrah selamat meski konflik AS-Iran memuncak

JAKARTA: Arab Saudi memberi jaminan bahawa keadaan keselamatan di negara itu kekal stabil dan selamat untuk jemaah haji serta umrah dari Indonesia meskipun ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran semakin memuncak di Asia Barat.

Duta Besar Arab Saudi ke Indonesia, Faisal Abdullah Al Amoudi, berkata orang ramai tidak perlu bimbang untuk meneruskan rancangan menunaikan ibadah di Tanah Suci kerana keadaan...

Anggota bomba menyembur air bagi memadamkan kebakaran hutan di Hutan Fontainebleau, Noisy-sur-Ecole, berhampiran Paris, pada 13 Julai 2026. Kebakaran yang tercetus ketika Perancis dilanda gelombang haba ketiga tahun ini memusnahkan lebih 1,300 hektar hutan, memaksa kira-kira 1,000 penduduk dipindahkan dan mencetuskan siasatan pihak berkuasa selepas mengesyaki kebakaran itu mungkin berpunca daripada perbuatan khianat.
DuniaJul 14, 2026 | 1:29 PM

Perancis, Sepanyol bergelut kebakaran hutan ketika Eropah dilanda haba melampau

PARIS: Gelombang haba yang melanda sebahagian besar Eropah terus mencetuskan kebakaran hutan besar-besaran, dengan Perancis berdepan kebakaran luar biasa berhampiran Paris, manakala jumlah kematian akibat kebakaran di Sepanyol meningkat kepada 13 orang.

Keadaan cuaca panas melampau yang memasuki gelombang ketiga musim panas tahun 2026 ini turut meningkatkan kebimbangan mengenai kesan perubahan iklim, apabila kebakaran hutan, suhu tinggi dan kematian berkaitan...

Orang ramai berjalan melepasi papan iklan yang memaparkan imej bekas Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei, di Teheran pada 13 Julai 2026. Ketika Iran masih berkabung atas kematian pemimpin itu, negara berkenaan berdepan gelombang baharu serangan Amerika Syarikat, manakala ketegangan di Selat Hormuz terus memuncak dengan kedua-dua pihak saling mengancam di tengah usaha diplomatik yang masih buntu.
DuniaJul 14, 2026 | 1:04 PM

AS bedil Iran malam ketiga, Trump masih buka ruang rundingan

WASHINGTON: Amerika Syarikat melancarkan siri serangan udara baharu ke atas Iran awal 14 Julai, sekali gus meningkatkan lagi konflik yang kembali memuncak di Asia Barat, walaupun Presiden Donald Trump menegaskan peluang untuk mencapai perjanjian damai dengan Teheran masih terbuka.

Serangan itu merupakan malam ketiga berturut-turut operasi ketenteraan Amerika terhadap Iran sejak permusuhan kembali tercetus minggu lalu.

bantuan gaza
DuniaJul 14, 2026 | 12:37 PM

EU salur AS$1b bantu pemulihan awal Gaza

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan komitmen hampir AS$1 bilion ($1.28 bilion) bagi membantu usaha pemulihan awal di Jaluran Gaza, ketika Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada masa sama merayu negara Arab mengaktifkan bantuan kewangan kecemasan bagi mengelakkan krisis pentadbiran Palestin menjadi lebih parah.

Pengumuman itu dibuat Pesuruhjaya EU bagi Mediterranean, Cik Dubravka Suica, pada persidangan penderma di Brussels yang menghimpunkan negara...

Kenderaan tentera Israel yang dilengkapi jaring perlindungan bagi mengurangkan risiko serangan dron pandangan orang pertama (FPV) melakukan rondaan di kawasan sempadan di sebelah Lubnan pada 13 Julai 2026. Rondaan diteruskan ketika Lubnan dan Israel bersiap sedia memulakan pusingan keenam rundingan di Rome bagi membincangkan pelaksanaan gencatan senjata, pengunduran tentera Israel secara berperingkat serta penempatan Tentera Lubnan di zon perintis di selatan negara itu
DuniaJul 14, 2026 | 12:28 PM

Lebanon-Israel sambung rundingan di Rome, tumpu undur tentera dan laksana zon perintis

BEIRUT: Lebanon dan Israel dijadual memulakan pusingan keenam rundingan secara langsung di Rome, Itali, pada 14 Julai dalam usaha mengukuhkan gencatan senjata dan melaksanakan perjanjian rangka kerja yang dimeterai bulan Jun lalu, walaupun kedua-dua pihak masih berbeza pendapat mengenai kadar pengunduran tentera Israel dari selatan Lebanon.

Rundingan selama dua hari itu diadakan dengan pengantaraan Amerika Syarikat dan disifatkan sebagai langkah...

Ikhlas tak boleh bayar bil?: Penting lahirkan asatizah berjiwa usahawan
Play Video

Adakah masyarakat Melayu/Islam bersedia bagi masa depan yang dipacu AI?
Play Video

BH Jelaskan: Bolehkah petir menyambar walaupun tak hujan?
Play Video

[BHGN 3] “Jawab di akhirat nanti?” Isu halal, fatwa dan tekanan dihadapi pemimpin agama S'pura
Play Video

[BHGN 2] “Jawab di akhirat nanti?” Isu halal, fatwa dan tekanan dihadapi pemimpin agama S'pura
Play Video