Seramai 13 pelajar Indonesia bakal menerima peluang menjalani latihan industri dan bimbingan daripada pemimpin kanan syarikat Singapura yang beroperasi di Indonesia selepas dianugerahkan biasiswa oleh komuniti perniagaan Singapura di negara itu.
Selain bantuan kewangan, biasiswa itu turut menyediakan program pembangunan profesional dan persediaan kerjaya bagi membantu penerima memperoleh pengalaman industri, memperkukuh kemahiran serta meningkatkan kesiapsiagaan mereka memasuki alam pekerjaan.





