residen Amerika Syarikat, Donald Trump, memuktamadkan peraturan baharu yang mengehadkan tempoh visa pelajar asing kepada maksimum empat tahun, manakala wartawan asing hanya dibenarkan berada di negara itu selama 240 hari bagi setiap kemasukan. Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha pentadbirannya untuk mengetatkan dasar imigresen, namun dikritik kumpulan media dan institusi pendidikan tinggi kerana dikhuatiri menjejaskan kebebasan media serta daya tarikan universiti Amerika Syarikat kepada pelajar antarabangsa.
DuniaJul 17, 2026 | 5:00 PM

AS hadkan visa pelajar kepada empat tahun, wartawan asing 240 hari

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump memuktamadkan peraturan baharu yang mengehadkan tempoh tinggal pelajar asing dan wartawan antarabangsa di Amerika Syarikat, langkah terbaharu dalam usaha mengetatkan dasar imigresen negara itu.

Peraturan yang dijangka berkuat kuasa seawal September itu menetapkan pelajar asing hanya dibenarkan tinggal sepanjang tempoh pengajian mereka, dengan had maksimum empat tahun.

Jumlah ganja, heroin dan Ice yang dirampas semasa operasi yang dijalankan dari 12 hingga 17 Julai berpotensi membekal dadah kepada 228 penyalah guna dadah selama seminggu, kata CNB.
Jenayah dan mahkamahJul 17, 2026 | 9:22 PM

100 suspek kesalahan dadah diberkas dalam operasi CNB serata S’pura

Seramai 100 individu diberkas dalam operasi antidadah di serata Singapura pada Julai, dengan dadah bernilai lebih $34,000 dirampas.

Dalam satu kenyataan pada 17 Julai, Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata operasi yang dijalankan dari 12 hingga 17 Julai itu meliputi beberapa kawasan termasuk Boon Lay, Ghim Moh, Jurong, Kallang, Tampines, Tengah, Toa Payoh dan Woodlands.

Datuk Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap, mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Johor pada 12 Julai.
MalaysiaJul 17, 2026 | 9:20 PM

Istiadat angkat sumpah jawatan Exco Johor dijadual pada 18 Julai

JOHOR BAHRU: Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor yang dijadualkan berlangsung di Istana Bukit Serene di Johor Bahru, pada 17 Julai, telah ditangguhkan ke 18 Julai.

Perkara itu dimaklumkan kepada petugas media oleh Pejabat Media Diraja (RPO) pada 17 Julai, bahawa majlis berkenaan akan diadakan pada 9.30 pagi, 18 Julai.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin (empat dari kiri), bersama pegawai kanan kementeriannya di Tangga Selat, Istana Besar Johor, Johor Bahru.
MalaysiaJul 17, 2026 | 9:17 PM

Sabah teliti model Johor bangunkan pelancongan warisan

Sabah dan Johor bakal memperkukuh kerjasama dalam bidang pemuliharaan warisan serta pelancongan berasaskan budaya menerusi pertukaran kepakaran, pembangunan muzium dan promosi pelancongan bersama.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, berkata usaha itu akan menjadi antara fokus utama susulan lawatan kerja rasmi beliau ke Muzium Diraja Abu Bakar di Istana Besar Johor pada 13 Julai.

Di bawah kontrak baharu selama lima tahun, SMRT Buses turut menguruskan Pusat Pertukaran Bas Eunos, Serangoon dan Woodleigh, serta Terminal Bas Sims Place.
SingapuraJul 17, 2026 | 9:15 PM

SMRT Buses kendali 26 khidmat bas Eunos–Serangoon mulai Jun 2027

Mulai 13 Jun 2027, SMRT Buses akan mengendalikan 26 perkhidmatan bas di Eunos dan Serangoon dari Depoh Bas Kim Chuan yang baharu.

Di bawah kontrak baharu selama lima tahun, SMRT Buses turut menguruskan Pusat Pertukaran Bas Eunos, Serangoon dan Woodleigh, serta Terminal Bas Sims Place.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah).
MalaysiaJul 17, 2026 | 9:14 PM

Muhyiddin: Bersatu tidak tinggalkan PN, sebaliknya diketepikan

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan partinya tidak pernah mengambil keputusan untuk berpisah secara sukarela daripada Perikatan Nasional (PN).

Beliau sebaliknya mendakwa Bersatu diketepikan daripada proses membuat keputusan dalam gabungan itu.

Lain macam 'souvenir' Haaland bawa balik dari World Cup 2026
Play Video

Selepas 30 tahun ‘hilang’, bekas atlet istimewa ski air S’pura kini pelukis jalanan di KL
Play Video

Ikhlas tak boleh bayar bil?: Penting lahirkan asatizah berjiwa usahawan
Play Video

Adakah masyarakat Melayu/Islam bersedia bagi masa depan yang dipacu AI?
Play Video

BH Jelaskan: Bolehkah petir menyambar walaupun tak hujan?
Play Video