BAITULMAKDIS: Ribuan rakyat Israel, termasuk penduduk petempatan haram Yahudi, aktivis haluan kanan dan beberapa anggota Kabinet, berarak menuju ke sempadan Gaza pada 19 Julai bagi mendesak pemerintah membenarkan petempatan Yahudi diwujudkan semula di wilayah Palestin yang musnah akibat peperangan.
Perarakan yang dinamakan, ‘Perarakan Ribuan’, itu diadakan sempena ulang tahun ke-21 pengunduran Israel dari blok petempatan Gush Katif di Gaza pada...





