Perdana Menteri Lawrence Wong telah mengutuskan surat ucap tahniah kepada Perdana Menteri United Kingdom (UK) yang baru, Encik Andy Burnham.
SingapuraJul 20, 2026 | 9:44 PM

PM Wong ucap tahniah kepada Perdana Menteri baru UK

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong telah mengutuskan surat ucap tahniah kepada Perdana Menteri United Kingdom (UK) yang baru, Encik Andy Burnham.

Dalam suratnya kepada Encik Burnham pada 20 Julai, Encik Wong berkata Singapura dan UK menikmati hubungan dua hala yang erat dan berkekalan, disokong oleh Perkongsian Strategik kedua-dua negara.

Keadaan bendera Pakatan Harapan (PH) yang dibakar dan dirosakkan selepas dipasang dalam tempoh kempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
MalaysiaJul 21, 2026 | 3:10 PM

PRN Negeri Sembilan: Lelaki rosakkan bendera PH ditahan

SEREMBAN: Seorang lelaki menjadi individu pertama ditahan polis selepas tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 bermula sejak 18 Julai, kerana dipercayai melakukan kesalahan berkaitan pilihan raya, dengan merosakkan bendera Pakatan Harapan (PH) di sekitar Kuala Klawang, Jelebu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata lelaki berkenaan ditahan pada 19 Julai, menyusuli laporan mengenai bendera parti berkenaan...

AirBorneo, penerbangan Kuching Singapura, syarikat penerbangan Sarawak
MalaysiaJul 21, 2026 | 2:58 PM

AirBorneo mula penerbangan sulung Kuching-S’pura pada 22 Jul

SEPANG: AirBorneo Airways (AirBorneo), syarikat penerbangan milik Kerajaan Sarawak akan memulakan penerbangan sulung bagi laluan Kuching-Singapura pada 22 Julai, bersempena sambutan Hari Sarawak.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata dalam tempoh enam bulan pertama operasinya, AirBorneo akan memberi tumpuan kepada penyediaan tambang mampu milik menerusi tambang tetap RM399 ($125.65) bagi laluan Kuching-Singapura, dan RM375 bagi laluan Kuching-Kuala...

Fahmi Fadzil, Khairy Jamaluddin, politik Melayu Islam
MalaysiaJul 21, 2026 | 2:47 PM

Menteri PH ingatkan KJ tak guna isu Melayu demi naikkan pengaruh politik

JEMPOL (Negeri Sembilan): Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Fahmi Fadzil, membidas mantan Ketua Pemuda Umno, Encik Khairy Jamaluddin, yang didakwa menggunakan isu Melayu dan Islam bagi menghidupkan pengaruh politiknya selepas kembali ke pangkuan Umno.

Datuk Fahmi berkata kenyataan Encik Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ, yang mengaitkan persefahaman antara Barisan Nasional (BN) dengan Perikatan Nasional (PN) sebagai isyarat supaya...

Pasukan Sepanyol meraikan kejayaan Piala Dunia semasa perarakan kemenangan di Madrid pada 20 Julai.
SukanJul 21, 2026 | 2:16 PM

Sepanyol meraikan kejayaan Piala Dunia dengan perarakan meriah di Madrid

MADRID: Juara baharu Piala Dunia, Sepanyol, menikmati satu perarakan sambutan yang meriah menaiki bas terbuka di Madrid pada petang 20 Julai (waktu tempatan). Sekitar dua juta orang keluar untuk meraikan detik tersebut, menurut pihak berkuasa setempat.

Para pemain memulakan perarakan mereka di bawah cuaca panas terik, menyusuri jalan-jalan utama di pusat bandar di mana lautan peminat berbaju merah dan kuning...

konflik Iran AS
DuniaJul 21, 2026 | 2:11 PM

Hampir 100 anggota tentera AS cedera dalam serangan Iran

TEHERAN: Hampir 100 anggota tentera Amerika Syarikat cedera dalam tempoh dua minggu sejak konflik dengan Iran kembali memuncak, ketika kedua-dua negara terus bertukar serangan buat malam ke-10 berturut-turut.

Pada masa sama, Iran melancarkan satu lagi siri serangan balas pada 21 Julai dengan menyasarkan aset tentera Amerika di Bahrain dan Kuwait, selain mendakwa menyerang dua kapal tangki minyak di Selat Hormuz,...

Zaqy hadiri acara pertama selaku Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam
Play Video

Desmond Lee: Tiada pilihan raya kecil diadakan
Play Video

Zaqy beri jaminan terus berkhidmat kepada masyarakat
Play Video

Lain macam 'souvenir' Haaland bawa balik dari World Cup 2026
Play Video

Selepas 30 tahun ‘hilang’, bekas atlet istimewa ski air S’pura kini pelukis jalanan di KL
Play Video