WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump mengumumkan satu perjanjian kerjasama nuklear awam yang bersejarah dengan Arab Saudi pada 22 Julai, sekali gus membuka laluan kepada Riyadh untuk menghasilkan bahan api bagi reaktor nuklearnya sendiri.
Menurut pegawai Amerika Syarikat, perjanjian itu bertujuan mengukuhkan semula hubungan strategik Washington dengan Arab Saudi ketika ketegangan akibat perang Amerika-Iran terus memberi tekanan kepada hubungan kedua-dua negara.





