AYUH, CUBA CARI PERKATAAN BERIKUT:
AYUH, CUBA CARI PERKATAAN BERIKUT:
Seramai 304 atlet Singapura daripada 27 sukan bakal membawa harapan negara di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, dengan hampir dua pertiga daripada kontinjen itu akan membuat penampilan sulung di temasya berkenaan.
Dua atlet yang dipilih untuk mengibarkan bendera Singapura di upacara pembukaan pada 19 September ialah atlet lawan pedang Kiria Tikanah Abdul Rahman dan pendayung kanu Brandon Ooi Wei Cheng.
Barangan mewah seperti beg tangan berjenama, jam tangan dan barang kemas yang dirampas pihak berkuasa di Singapura dalam kes pengubahan wang haram bernilai $3 bilion akan dijual melalui siri lelongan dalam talian dengan had masa yang ditetapkan.
Lebih 80 hartanah yang berkaitan dengan siasatan itu juga akan dilelong secara berperingkat, kata firma perkhidmatan profesional Deloitte dalam satu kenyataan pada 29...
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan masjid akan memperkukuh langkah perlindungan bagi kanak-kanak dan belia di masjid serta ruang pendidikan Islam, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad.
Ini termasuk pemantauan yang dipertingkat terhadap aktiviti bimbingan dan pengajaran tidak rasmi di masjid yang melibatkan golongan bawah umur melalui pendekatan mengenal pasti risiko.
NUWAKOT (Nepal): Pasukan penyelamat di Nepal dan China masih giat meneruskan operasi pada 29 Ogos bagi menjejak ribuan mangsa yang hilang, beberapa hari selepas rempuhan air seakan tsunami bersama lumpur dan sisa runtuhan melanda kawasan Himalaya hingga menenggelamkan beberapa kampung.
Bilangan mangsa yang hilang melonjak kepada sekitar 3,000 orang pada 29 Ogos, sementara itu pasukan penyelamat mengesahkan telah menemui 633...
LONDON: Pengurus Manchester City, Enzo Maresca, menyifatkan persembahan pemain tengah, Rayan Cherki, sebagai “luar biasa” selepas bintang muda itu membantu pasukan tersebut untuk menewaskan Crystal Palace 4-1 pada 28 Ogos.
Maresca mengakui Cherki berasa kecewa kerana tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama ketika City mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Bournemouth pada perlawanan pembukaan Liga Perdana minggu lalu.





