SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, mempersoalkan kemampuan Barisan Nasional (BN) membawa pembangunan negeri itu, selepas rekod pelaburan kerajaan negeri ketika ini jauh mengatasi sasaran dijanjikan BN dalam manifestonya.
Beliau berkata sasaran pelaburan RM30 bilion ($9.48 bilion) dalam tempoh lima tahun diumumkan BN perlu dinilai, berbanding pencapaian semasa kerajaan negeri yang berjaya merekodkan pelaburan lebih tinggi dalam...





