Bagi menyediakan lebih banyak ruang riadah mesra keluarga kepada penduduk, Kerajaan Johor akan membangunkan Taman Komuniti Bangsa Johor secara berperingkat di kesemua 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) menjelang 2030.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata Hutan Bandar Johor Bahru menjadi projek perintis bagi konsep itu, manakala taman kedua dijadual dibangunkan di Iskandar Puteri...





