MUAR: Seramai 116 mangsa daripada 31 keluarga ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Muar, Johor, susulan banjir yang melanda beberapa kawasan, dengan kerajaan Johor memberi jaminan bantuan akan terus disalurkan sehingga keadaan kembali pulih.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Encik Md Israk Abdullah, berkata sehingga 11 malam 26 Julai, mangsa ditempatkan...





