jurupandu muzium, Taman Warisan Melayu, docent sukarelawan
SingapuraAug 8, 2026 | 5:30 AM

Jurupandu sukarelawan TWM bantu pengunjung fahami, selami bahan pameran

Persediaan yang mendalam diperlukan, sama ada demi melestarikan warisan dan budaya Melayu menerusi paparan di galeri muzium, mahupun sebagai jurubahasa isyarat semasa siaran langsung Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP). Berita Harian (BH) mengupas proses di sebalik persiapan bagi menjadi jurupandu sukarelawan dan jurubahasa isyarat.

Ramai mungkin beranggapan bahawa ‘docent’ atau jurupandu sukarelawan tahu segalanya tentang setiap pameran di muzium dan mampu...

Unjuran NODX bagi 2026 dinaikkan kepada 14 peratus hingga 16 peratus, berbanding ramalan awal 3 peratus hingga 5 peratus, mencerminkan prestasi separuh pertama yang amat kukuh dan didorong oleh sektor elektronik.
EkonomiAug 11, 2026 | 11:55 AM

Ramalan eksport utama S’pura bagi 2026 dinaikkan susuli lonjakan dikuasai AI pada suku kedua

Singapura meningkatkan ramalan Eksport Bukan Minyak Dalam Negeri (NODX) bagi keseluruhan tahun ini selepas mencatatkan lonjakan 27.4 peratus pada suku kedua 2026 – dipacu oleh permintaan bagi barangan elektronik susulan pembangunan infrastruktur AI global.

NODX pada suku pertama tumbuh sebanyak 9.6 peratus, kata Enterprise Singapore (EnterpriseSG) pada 11 Ogos.

Seorang wanita menutup hidung ketika anggota bomba berusaha memadam kebakaran hutan dan tanah yang merebak berhampiran kawasan kediaman di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia, pada 10 Ogos 2026. Lebih 107,000 hektar kawasan di Indonesia terjejas akibat kebakaran tahun ini, dengan pemerintah meningkatkan operasi pemadaman dan pengubahsuaian cuaca ketika musim kemarau serta fenomena El Nino meningkatkan risiko kebakaran lebih meluas dan ancaman jerebu rentas sempadan
DuniaAug 11, 2026 | 11:22 AM

Kebakaran jejas 107,000 hektar hutan, Indonesia cegah jerebu rentas sempadan

JAKARTA: Lebih 107,000 hektar hutan dan tanah di seluruh Indonesia sudah terjejas akibat kebakaran tahun 2026 ini, mendorong pemerintah memperhebat operasi pemadaman ketika cuaca semakin kering meningkatkan risiko kebakaran lebih meluas dan kemungkinan berlakunya jerebu rentas sempadan.

Enam wilayah dikenal pasti sebagai kawasan keutamaan bagi operasi mengawal kebakaran, iaitu Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan.

Pemandangan dari udara menunjukkan kenderaan tentera di LSA Endurance, sebuah kemudahan sokongan logistik dan persiapan operasi berhampiran sempadan Israel-Gaza di kawasan Kerem Shalom, selatan Israel, pada 10 Ogos 2026. Kemudahan itu dibangunkan bagi menyokong Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) di bawah Lembaga Keamanan, yang dijangka bekerjasama dengan pasukan polis Palestin bagi menjaga keselamatan Gaza sebagai sebahagian pelan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump.
DuniaAug 11, 2026 | 10:57 AM

Pelan Gaza Trump diteruskan meski Netanyahu tolak pengunduran Israel

WASHINGTON: Pelan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, untuk melucutkan senjata Hamas dan membawa kepada pengunduran tentera Israel secara berperingkat dari Gaza masih diteruskan meskipun Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, secara terbuka menolak rangka kerja 15 perkara itu.

Seorang pegawai Lembaga Keamanan berkata pada 10 Ogos bahawa rundingan dengan Israel masih berjalan dan pelaksanaan pelan berkenaan akan dilakukan secara...

Ramalan pertumbuhan ekonomi Singapura pada 2026 telah dinaikkan kepada antara 4.5 hingga 5.5 peratus, lebih tinggi berbanding ramalan awal iaitu 2 hingga 4 peratus, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada 11 Ogos.
EkonomiAug 11, 2026 | 10:43 AM

S’pura naikkan ramalan pertumbuhan ekon 2026 kepada 4.5-5.5% didorong pelaburan AI

Singapura dijangka mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara 4.5 hingga 5.5 peratus pada 2026, lebih tinggi berbanding ramalan awal iaitu 2 hingga 4 peratus, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada 11 Ogos.

Semakan unjuran yang dinaikkan itu susulan prestasi ekonomi separuh pertama 2026 yang lebih baik daripada jangkaan, di mana ekonomi berkembang pada 6.1 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun...

Anggota Parti Pekerja Kurdistan (PKK) menghadiri upacara pelucutan senjata di Pergunungan Qandil, Iraq, pada 2025. Upacara itu menjadi antara langkah penting dalam proses damai dengan Turkey selepas pemimpin PKK, Encik Abdullah Ocalan, menyeru kumpulan tersebut menamatkan perjuangan bersenjata dan beralih kepada saluran politik.
DuniaAug 11, 2026 | 10:08 AM

Turkey buka jalan damai selepas empat dekad konflik dengan militan Kurdi

ANKARA: Parlimen Turkey meluluskan undang-undang baharu yang bertujuan mempercepat proses damai dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK), sekali gus membuka laluan kepada usaha menamatkan konflik bersenjata yang berlarutan lebih empat dekad dan meragut lebih 40,000 nyawa.

Undang-undang itu diluluskan pada 10 Ogos dengan 468 anggota Parlimen menyokong dan 88 menentang, menjadikannya langkah paling konkrit setakat ini oleh pemerintah Turkey untuk meletakkan...

Bakat cilik ukir kenangan buat persembahan kali pertama di NDP
Play Video

Pertunjukan bunga api NDP 2026
Play Video

Najip Ali, Hafidz Rahman hidupkan nostalgia televisyen tempatan
Play Video

0908_WhyRed_02
Play Video

Pilihan terhad dorong ibu hasilkan biskut laktasi diyakini
Play Video