Perlumbaan Formula Satu (F1) Singapura dijangka akan memberi limpahan ekonomi kepada Johor apabila sebahagian penonton memilih untuk menginap, menjamu selera dan meneruskan percutian mereka di negeri itu selepas acara berkenaan yang dijadualkan berlangsung pada 11 Oktober.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, berkata kesan positif itu dapat dilihat setiap tahun, khususnya dalam sektor penginapan, makanan dan...





