WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mendakwa rundingan dengan Iran masih diteruskan walaupun Teheran menafikannya, sambil memberi amaran bahawa republik Islam itu kini berada pada “peluang terakhir” untuk menerima perjanjian sebelum berdepan tindakan ketenteraan yang lebih keras.
Bercakap kepada wartawan di Rumah Putih pada 3 Ogos, Encik Trump berkata beliau bersetuju meneruskan usaha diplomatik itu atas permintaan beberapa negara...





