MERSING: Pantai Air Papan bakal dibangunkan semula secara menyeluruh menerusi projek empat zon yang dijangka bermula pada suku keempat 2026 dan disiapkan dalam tempoh dua tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata pembangunan itu melibatkan pembaharuan fizikal serta penyediaan kemudahan rekreasi yang lebih tersusun dan mampan.





