Lebih 2.4 juta warga Singapura yang layak akan menerima bayaran tunai khas antara $400 dengan $600 bermula 9 September ini, bagi menangani peningkatan kos sara hidup, umum Kementerian Kewangan (MOF) pada 13 Ogos.
Bayaran Khas Kos Sara Hidup ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, yang juga merupakan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semasa Belanjawan 2026 pada Februari.





