Tiga karya sastera baharu oleh penulis tempatan telah dilancarkan pada 14 Ogos dalam usaha menyemai minat terhadap bahasa Melayu sambil menggalakkan golongan muda mendekati karya sastera tempatan.
Ia terdiri daripada novel remaja ‘JLN404’ hasil karya Encik Farihan Bahron serta dua antologi cerpen, ‘Jangan Ikut Hantu’ oleh Encik Djohan Abdul Rahman dan ‘Tanah Air’ oleh Dr Noridah Kamari.





