Lebih 1,000 belia, graduan, pencari kerja, golongan pertengahan kerjaya dan individu yang kembali ke alam pekerjaan dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam bakal dilengkapi kemahiran kecerdasan buatan (AI) praktikal menerusi kerjasama tiga tahun antara Yayasan Mendaki dengan AI Singapura.
Ini menyusuli termeterainya satu Memorandum Persefahaman (MOU) di Pusat NTUC pada 15 Ogos sempena pelancaran Ready@Work (R@W), inisiatif pembangunan tenaga kerja Mendaki yang...





