Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Perhimpunan Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang melabuhkan tirai hujung minggu lalu dilihat meleraikan ‘drama’ dan persoalan kestabilan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila kededua parti utama Pakatan Harapan (PH) itu tekad terus mempertahankan Kerajaan Perpaduan.
DAP, yang sebelum ini mencetuskan persoalan mengenai kedudukannya dalam kerajaan selepas beberapa keputusan pilihan...





