Seramai 15 usahawan asatizah sudah menzahirkan minat untuk menyertai kohort pertama program kerjasama antara Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) dengan Persatuan Syarikat Kecil dan Sederhana (ASME), kata Presiden Pergas, Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid.
Inisiatif Peningkatan Berasaskan Kumpulan (GBU), yang bakal bermula pada pertengahan 2027 itu, membolehkan perusahaan pimpinan asatizah memanfaatkan hampir 90 peratus geran pemerintah bagi...





