Topik diikuti
Pergi ke BHkuAcara di 12 bandar M³+ galak keluarga ikuti gaya hidup sihat
Acara di 12 bandar M³+ galak keluarga ikuti gaya hidup sihat
Biasanya, perjumpaan keluarga besar Encik Muhammad Haris Ismail melibatkan jamuan bersama, seperti barbeku, namun perhimpunan mereka pada 11 Oktober berbeza sedikit.
Bersama sepupu dan adik-beradiknya, Encik Haris membentuk dua pasukan untuk menyertai cabaran kecergasan serupa Hyrox – pertandingan kecergasan jasmani antarabangsa – yang diadakan di Kelab Masyarakat Jurong Green.
Encik Haris, 29 tahun, pegawai penolong eksekutif, berkata inisiatif sedemikian memberi peluang mengeratkan hubungan kekeluargaan sambil kekal aktif.
Menurutnya, beliau dan keluarganya giat bersenam, tetapi selalunya secara berasingan.
“Mungkin kegiatan bersenam bersama-sama seperti ini boleh menjadi sebahagian rutin kami di masa depan,” ujar beliau.
Encik Haris dan keluarga merupakan antara 5,000 peserta acara, Kasih Keluarga, Sihat Bersama (KKSB), pada 11 Oktober, yang dianjur bagi menggalak keluarga Melayu/Islam memupuk gaya hidup lebih sihat seiring langkah pencegahan dalam penjagaan kesihatan.
Selain di Jurong, acara serupa diadakan serentak di 11 bandar M Kuasa Tiga Plus (M³+)@Bandar iaitu di Toa Payoh, Jalan Besar, Woodlands, Marsiling Yew-Tee, Nee Soon, Bedok, Geylang Serai, Pasir Ris-Changi, Tampines, Punggol dan Chua Chu Kang.
