Harga flat bina ikut tempahan (BTO) terus dimampui dan perubahan harga telah berlaku selaras dengan perubahan pendapatan warga, kata Timbalan Perdana Menteri (DPM), Encik Lawrence Wong.
Encik Wong berkata kadah ketermampuan flat BTO tidak seharusnya dilihat menerusi harganya sahaja dan perlu mengambil kira keterhubungannya dengan pendapatan, serta bahagian pendapatan yang diperlukan untuk membayar pinjaman perumahan.






