KUALA LUMPUR: Pengalaman mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini menerbitkan rasa rindu kepada pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi untuk kembali ke Tanah Suci.
Bagaimanapun, ibarat serampang dua mata, kali ini, Aznil atau lebih akrab disapa Pak Nil mahu mengintai peluang membuka perniagaan makanan di Madinah, selain membeli hartanah yang menjadi impiannya selama ini.






