BEIJING: Malaysia tidak akan membenarkan mana-mana kuasa besar membuat keputusan dan menentukan hala tuju masa depannya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tegas Datuk Anwar, sebagai negara yang bebas dan merdeka, Malaysia akan mempertahankan kedaulatannya dan menentukan perkara terbaik untuk negara.






