BERBUKA puasa beramai-ramai dalam suasana penuh ukhwah, apatah lagi bertempat di kawasan bersejarah yang dekat dengan hati masyarakat Melayu-Islam Singapura, memang memberi pengalaman yang manis.
Itulah yang dirasakan mereka yang berkesempatan menyertai iftar beramai-ramai di sekitar Kampong Glam, meliputi sepanjang Bussorah Street dan Arab Street pada Sabtu.






