KUALA LUMPUR: Permintaan Umno agar Yang di-Pertuan Agong mempertimbangkan pemberian pengampunan penuh diraja kepada bekas presidennya, Encik Najib Razak, tidak akan menjejaskan hubungan parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) dan komponen lain dalam kerajaan perpaduan.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata keputusan parti itu membuat permintaan tersebut semata-mata menunjukkan penghargaan dan rasa terima kasih kepada bekas perdana...





