PETALING JAYA: Tindakan tegas akan diambil ke atas pedagang jika mereka didapati menjual makanan yang mengandungi bahan beracun, berbahaya atau boleh menjejas kesihatan, kata pengarah jeneral Perikanan.
Datuk Adnan Hussain berkata tindakan itu boleh diambil di bawah undang-undang negara, termasu Seksyen 13 Akta Makanan 1983, yang membawa hukuman penjara, denda atau kededuanya sekali jika sabit kesalahan.





